Seramai 11 anggota polis Perak ditahan selepas dikesan terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah selepas kesemuanya gagal dalam ujian saringan air kencing, pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid 11 anggota berkenaan dikesan hasil pemeriksaan secara rambang terhadap 56 anggota dari dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri itu.